• Document: L NAGARATHANAM PROJEK PENYELIDIKAN YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN
  • Size: 3.18 MB
  • Uploaded: 2019-01-13 06:49:18
  • Status: Successfully converted


Some snippets from your converted document:

HUBUNGAN SIKAP, PEMIKIRAN DAN TINGKAH LAKU TERHADAP KEINGINAN DALAM PEMILIHAN KERJAYA KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PRASISWAZAH INDIA DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SEKITAR BANGI RAVI A/L NAGARATHANAM PROJEK PENYELIDIKAN YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2015 ii PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. 10 Julai 2015 RAVI A/L NAGARATHANAM P69124 iii PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan yang Maha Esa, kerana memberikan keizinanNya dan rahmatNya untuk menjalani pengembaraan pencarian mutiara ilmu dan memberikan semangat dan kekuatan kepada diri saya sehingga mampu menghasilkan projek penyelidikan sebagai hasil kajian ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia saya iaitu, Prof Dr. Nor Aishah Buang dan bekas penyelia Prof. Madya. Dr. Norasmah Othman atas segala jasa baik, nasihat, tunjuk ajar, pandangan, sokongan, motivasi dan bimbingan sepanjang pengajian saya serta menjalankan kajian ini sehingga menghasilkan Projek Sarjana ini dengan sempurna. Segala jasa, teguran yang membina dan tunjuk ajar mereka tidak mungkin saya lupakan. Di samping itu, ucapan terima kasih turut ditujukan kepada semua pihak Fakulti Pendidikan dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan saya Sasikaran, Sangeetha, Vesvanathan, Vitiyah, Paul Vasanth, Hari Kumar, Veni, dan Uwendran yang banyak membantu saya dalam menjalankan kajian ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan sekerja saya Norfarah Syahirah, Ili Syahirah, Mohd Shamim dan Mohd Hadi yang banyak membantu saya dalam menghasilkan projek penyelidikan ini. Tambahan pula, jutaan terima kasih kepada semua pelajar saya di Kolej Mutiara Kajang yang sering mendoakan kejayaan saya. Semoga tuhan memberikan ganjaran yang sewajarnya. Di samping itu, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para prasiswazah India dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) yang sanggup menjadi responden bagi kajian ini. Pada masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak yang memberikan bantuan kewangan kepada saya sepanjang pengajian Sarjana ini. Penghargaan istimewa kepada kedua-dua ibu bapa yang disayangi iaitu Encik Nagarathanam A/L Kanny dan Puan Thanalachmi A/P Doraisamy atas segala iringan doa, sokongan, pengorbanan dan kefahaman sepanjang saya menyiapkan projek penyelidikan ini. Kepada kakak-kakak tersayang Puan Uma Devi dan Puan Nirmala Devi, abang ipar Encik Sivarajah berserta anak-anak buah kesayangan iaitu Logeswaran dan Thanaraj, segala doa dan pengorbanan kalian sangat dihargai. Tidak juga dilupakan arwah abang ipar Balamurali yang sering inginkan kejayaan saya. Kepada rakan-rakan seperjuangan dan sepengajian di UKM seperti Samiol, Fizatul Asma, Reywathi, Nurul Raihana, Dira, Afri dan Adnan serta semua pihak yang telah memberikan sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung, diucapkan terima kasih, tahniah dan selamat maju jaya. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan serta keredhaan daripada Tuhan yang Maha Esa dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukannya. iv ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap, pemikiran dan tingkah laku terhadap keinginan dalam pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan prasiswazah India di Institut Pengajian Tinggi sekitar Bangi. Kajian ini telah dijalankan ke atas 315 orang pelajar India pada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Tenaga Nasional dan Infrastructure University Kuala Lumpur. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu tinjauan menerusi pengedaran soal selidik kepada responden. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga peramal iaitu sikap, pemikiran dan tingkah laku mempunyai hubungan yang kuat dengan keinginan dalam pemilihan kerjaya keusahawanan. Justeru, tingkah laku mempunyai hubungan yang lebih tinggi berbanding faktor lain kerana ia menyumbang sebanyak 57.2 peratus terhadap keinginan keusahawanan dalam kalangan prasiswazah India di mana, sikap telah menjadi elemen yang penting dalam pembentukan tingkah laku terhadap keinginan dalam pemilihan kerjaya keusahawanan. Dapatan kajian i

Recently converted files (publicly available):