• Document: Meningkatkan Kemahiran Membaca Teks Naratif Melalui Kaedah Berfikir Secara Bersistem
  • Size: 1.3 MB
  • Uploaded: 2019-02-13 12:32:56
  • Status: Successfully converted


Some snippets from your converted document:

12 Meningkatkan Kemahiran Membaca Teks Naratif Melalui Kaedah Berfikir Secara Bersistem Ghazali Mohamed Ibrahim ghazali_b_md_ibrahim@moe.edu.sg Sekolah Rendah Townsville Abstrak Sebilangan murid Darjah 4 masih belum mampu menceritakan semula peristiwa-peristiwa penting yang terkandung dalam teks naratif yang dibaca. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penerapan kaedah berfikir secara bersistem dalam pengajaran dan pembelajaran pemahaman membaca teks naratif di peringkat sekolah rendah. Dalam kajian ini, kaedah pengajaran secara eksplisit telah diterapkan untuk membina pengajaran dan pembelajaran pemahaman membaca teks naratif dengan menggunakan kaedah berfikir secara bersistem. Kajian ini melibatkan 18 orang murid Darjah 4 sebagai responden kajian. Berdasarkan dapatan praujian dan pascaujian menunjukkan 100% murid mampu mencapai markah yang lebih baik dalam pascaujian berbanding markah yang diperoleh dalam praujian. Kata Kunci: berfikir secara bersistem, pemahaman membaca teks naratif, pengajaran secara eksplisit, penerapan kaedah berfikir. 161 Seminar Bahasa Melayu 2018 PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 161 26/2/18 4:12 PM PENGENALAN Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kemahiran tersebut merupakan satu proses yang kompleks dan penguasaannya hanya dapat dilakukan melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal. Menurut Smith (1978), membaca merupakan gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses mengamati, mengingat, mendengar dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibaca itu kepada sistem kognitif untuk difahami dan diterjemah. Smith dan Johnson (1980) pula menyatakan bahawa membaca merupakan satu proses komunikasi kerana dalam sesebuah perlakuan membaca, berlaku pertukaran idea-idea antara penulis dan pembaca. Justeru itu, seorang pembaca itu tidak dikatakan membaca sekiranya dia tidak berjaya mendapatkan mesej atau apa yang hendak disampaikan oleh penulis di dalam penulisannya. Goodman (1976) juga berpendapat bahawa membaca merupakan proses yang memerlukan seseorang pembaca membina semula mesej yang dirakam oleh penulis dalam bahasa yang bertulis. Beliau menjelaskan bahawa membaca merupakan suatu proses bahasa yang aktif dan amat bergantung kepada keupayaan pembaca untuk membuat ramalan atau menyusun semula maklumat yang hendak disampaikan oleh penulis. Dengan itu, membaca memerlukan proses pengalihan maksud dari minda ke minda iaitu pengalihan mesej daripada penulis kepada pembaca. Maka dapat dirumuskan bahawa sebelum seseorang pembaca berupaya memahami mesej atau informasi yang hendak disampaikan oleh penulis, pembaca terlebih dahulu perlu melalui proses membaca yang memerlukan pembaca mengaitkan dan mengintegrasi aspek-aspek yang penting. Pertama, pembaca perlu mengesan atau mengenali lambang-lambang atau perkataan- perkataan yang dilihat. Kemudian, pembaca harus mengaitkan lambang-lambang atau perkataan-perkataan itu dengan maknanya. Seterusnya, pembaca perlu menterjemah makna perkataan itu dengan mengaitkannya kepada apa yang telah sedia ada di dalam minda. Akhir sekali, pembaca perlu menghuraikan atau menjelaskan idea-idea yang didapati kepada diri sendiri. Dengan itu, keupayaaan pembaca mengaitkan dan mengintegrasi segala aspek yang penting membenarkan pembaca menghasilkan sebuah pembacaan dengan kefahaman. 162 Seminar Bahasa Melayu 2018 PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 162 26/2/18 4:12 PM Sungguhpun murid-murid telah melalui proses membaca secara bertahap- tahap di sekolah, masih terdapat sebilangan murid peringkat Darjah 4 yang mempunyai masalah menceritakan kembali peristiwa-peristiwa penting yang terkandung dalam teks naratif. Justeru itu, bagi mengatasi masalah yang dialami oleh murid-murid tersebut, proses pengajaran dan pembelajaran haruslah dirombak dengan menerapkan kaedah berfikir secara bersistem sewaktu membaca. PERNYATAAN MASALAH Membaca mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. Sebelum matlamat tersebut tercapai, seseorang pembaca seharusnya mempunyai kemahiran mencungkil makna daripada teks yang dibaca. Kingston (1970) berpendapat bahawa pemahaman membaca harus mempunyai kaitan dengan tujuan membaca

Recently converted files (publicly available):